Apa itu affiliate?
Dalam bahasa mudah, affiliate adalah memasarkan/mengiklankan produk menggunakan link affiliate. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut.
Banyak program affiliate yang boleh anda sertai. Daftar PERCUMA.
Antaranya Klikjer, Involve Asia, dan lain-lain. Kesemuanya saya dah cuba dan buat duit darinya.
BACA : Cara Buat Duit Dengan Affiliate KLIKJER Sehingga Mampu Jana 4 Angka Sebulan
PROGRAM AFFILIATE INVOLVE ASIA
APA ITU INVOLVE ASIA
Involve asia ialah satu program affiliate menjana komisen dengan hanya sharing maklumat atau berkongsi link produk/servis seperti lazada, shopee, lazora, airasia dan banyak lagi.
Cara promosi link affiliate INVOLVE ASIA
Macam mana nak promosi? Cuma kongsikan produk menarik di sosial media seperti kongsikan maklumat produk di facebook page, group facebook, group telegram, instagram, youtube channel.
Selain nyatakan kelebihan dan harga, sertakan juga link pembelian yg kita dah convert link involve asia. Kalau ada yang berminat, mereka akan beli guna link tersebut dan saya akan dapat komisen. Ia adalah cara buat Shopee affiliate tanpa website paling berkesan.
Boleh tengok contoh di bawah
Cara buat link Affiliate Involve Asia
Langkah 1 - Daftar akaun di sini - https://involve.asia
Masukkan segala butiran yang diperlukan seperti email, password, nama, dan alamat. Di ruangan 'Property Details', masukkan alamat Facebook/Instagram/Twitter/blog atau mana-mana platform yang anda guna untuk buat promosi. Seterusnya klik 'Create Account'.
Lepas dah isi semua maklumat yang disediakan, tunggu sehingga permohonan diluluskan. Semak status di Manage your account > Website/Property.
Langkah 2: Isi butiran akaun bank.
Masukkan butiran bank untuk urusan pembayaran komisen kelak. Pergi ke Manage your account > Payment setting.
Siap! Sekarang tunggu sehingga permohonan anda diluluskan. Status akan bertukar dari 'pending approval' kepada 'Beta'.
Komisen INVOLVE ASIA
Bergantung kepada marketplace apa yang anda promot. Contoh anda promot produk dalam SHOPEE akan ambik masa 3-4 bulan untuk komisen capai tempoh matang untuk withdraw. Selama tempoh 3-4 bulan itu jika anda konsisten promot link produk SHOPEE, anda akan lihat kenaikan komisen setiap hari dan setiap bulan. Walaupun permulaan nampak komisen hanya sen sen sahaja, tapi sekiranya ada pembeli produk yg klik beli, ianya berbaloi untuk penantian selama 3-4 bulan itu
Anda dinasihatkan untuk promot juga link produk di marketplace selain SHOPEE..Contoh promot produk LAZADA dan LAZORA juga. Atau boleh juga promot link booking tiket KTM TRAIN, AIR ASIA atau MAS AIRLINES.
Sebab utama ialah komisen selain produk SHOPEE lebih cepat boleh convert dan tidak terlalu lama pending komisen
Contoh busonlineticket.com adalah salah satu servis/produk yg ada dalam INVOLVE ASIA.
Caranya anda promot tiket bas/ktm/ets train. Dan anda letak link busonlineticket.com yg sudah anda generate menjadi link involve asia. Tengok contoh kat bawah ni



